Monday, 6 February 2012

Pengumuman

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 3 MRSM Beseri, anda diwajibkan untuk menghadiri kelas PGM Sejarah pada hari Rabu bermula jam 3.00 petang di Dewan Kuliah Cempaka. Kehadiran akan diambil. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar yang PONTENG!!!

latihan semasa



Soalan Objektif



Pada tahun 1945, Dato’ Onn Ja’afar   
 berjaya menghalang daripada
berlakunya pertumpahan darah
antara kaum di Batu Pahat, Johor
 
 






  1. Aapakah rumusan yang dapat dibuat berkaitan ketokohan Dato’ Onn Jaafar?
     
    1. Mempertahankan maruah bangsa
    2. Memupuk semangat berdikari
    3. Mementingkan keharmonian kaum
    4. Menghargai budaya tradisi bangsa

  1. Tindakan di bawah dilakukan oleh Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) dalam keganasan 14 hari.


  • Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
  • Membakar rumah-rumah yang berpenghuni
  • Merampas harta benda orang kampung
 
 
     






            Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
           
A.   Pelaksanaan Undang-undang Darurat
B.   Perhubungan antara kaum menjadi tegang
C.   Pengharaman parti-parti politik radikal
D.   Penerimaan bantuan tentera dari luar


  1. Pada September 1945, British telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu.  Mengapakah British memperkenalkan pentadbiran tersebut?

    1. Memantapkan pertahanan
    2. Memperkukuhkan kekuasaan
    3. Memulihkan keamanan
    4. Meningkatkan perpaduan



  1. Sebagai seorang ketua kumpulan, anda ditugaskan untuk menerangkan kejayaan Pentadbiran Tentera British kepada rakan pelajar kelas anda. Apakah pilihan jawapan anda?

I.      Mewujudkan keamanan
II.  Menegakkan undang-undang
III. Menamatkan ancaman komunis
IV. Menyeragamkan struktur pentadbiran

    1. I dan II
    2. I dan IV
    3. II dan III
    4. III dan IV

  1. Maklumat di bawah merujuk kepada antara ciri dalam pentadbiran Malayan Union.
     
  • Gabenor mengetuai pentadbiran pusat
  • Raja England berkuasa melantik Gabenor
  • Parlimen Britain menjadi pemutus undang-undang
 
     





      Apakah implikasi pentadbiran tersebut terhadap Raja-raja Melayu?

A.   Pembubaran majlis undangan negeri
B.   Penghapusan hak memungut cukai
C.   Penamatan kuasa dalam adat istiadat
D.   Penghakisan kedaulatan sebagai pemerintah negeri

  1. Maklumat di bawah merujuk kepada muslihat British membentuk Malayan Union.



  • Mengawal kuasa politik orang Melayu
 


  • Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai tenaga kerja

 
 








      Apakah muslihat yang dimaksudkan?

  1. Membanteras ancaman komunis
  2. Menguasai kekayaan bahan mentah
  3. Mengurangkan ketegangan antara kaum
  4. Mewujudkan pentadbiran yang cekap

           

Gagasan Malayan Union

Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu.flv

Pengumuman

Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 3 MRSM Beseri, anda diminta untuk menghantar tugasan yang diberikan pada cuti semester lepas kepada saya pada hari pertama persekolahan. tugasan ini akan dinilai dalam PNG semester.

Tuesday, 31 January 2012

SALAM PERKENALAN DAN SALAM PERPADUAN

SAYA BARU SAJA MEMBUAT BLOG INI DEMI KEPENTINGAN DAN KEHENDAK SEMASA. KALAU DULU KITA BELAJAR KURANG MENGGUNAKAN INTERNET, NAMUN SEKARANG INTERNET TELAH MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KITA. OLEH ITU KITA HARUSLAH SENTIASA FOKUS DALAM PERKEMBANGAN DUNIA ZAMAN SEKARANG AGAR PERTAMBAHAN ILMU SEMAKIN CEPAT DIPEROLEHI....INSYAALLAH